Monday, August 13, 2012

Pengenalan Stevia


Stevia merupakan sebahagian daripada genus bunga matahari (Asteraceae) Berasal daripada iklim sub tropika dan tropika Amerika selatan dan Amerika tengah yang hampir sama dengan iklim tropika di Malaysia
.
Spesis Stevia rebaudiana yang juga dikenali sebagai sweetleaf, sweet leaf, sugarleaf, atau mudahnya stevia, telah dihebahkan kepada umum sebagai daun ajaib yang mengeluarkan manisan.

Sebagai Bahan pemanis dan juga pengganti gula, Stevia memberi rasa manis yang sedikit lambat tetapi kekal sangat lama berbanding gula. (ini disebabkan kelarutan stevia didalam air yang amat perlahan) Walaupun begitu ianya meninggalkan sedikit rasa pahit seperti gula licorice (seperti beberapa gula-gula herba english ) pada kepekatan tinggi.

Dengan rasa dari ekstrak stevia mampu untuk mencapai 300 kali tahap kemanisan berbanding gua biasa (ketika telah larut dengan kepekatan tinggi) , stevia telah mendapat perhatian daripada pengguna bahan rendah karbohidrat (pengamal diet) dan juga pengguna gula alternatif .

Kajian perubatan juga menunjukan keupayaan stevia untuk merawat ( dalam konteks pengawalan ) penyakit darah tinggi dan kencing manis serta penyakit Hipertension

Ini disebabkan oleh stevia mempunyai kesan terabai (negligence effects) pada kadar glukosa gula. Ini terjadi akibat daripada stevia hanya memberikan rasa manis tetapi tidak mempunyai glukos atau mana mana komponen gula dan merupakan bahan pemanis yang asli tanpa bahan kimia aditif.

Penanam makanan organik merasakan sangat ideal untuk menanam stevia di ladang mereka ini kerana stevia adalah penghalau serangga yang tidak toksik kerana kadar kemanisan pada stevia yang sangat tinggi menyebabkan stevia sangat sukar untuk dimusnahkan oleh serangga dan di laporkan tiada ancaman belalang pada ladang yang mempunyai stevia kerana kadar kemanisan yang sangat tinggi pada stevia


Sejarah mengenai Stevia


Kurun ke 16 : Penjajahan Sepanyol di Paraguay telah mendapati bahawa masyarakat paraguay ketika itu telah menggunakan ka'a he'e sebagai bahan pemanis didalam minuman manis, makanan manis dan juga makanan ringan.

1887 : Dr.Moises Santiago Bentoni menemui stevia ketika mengkaji herba yang digunakan di paraguay dan menamakannya dengan memberikan penghormatan kepada ahli kimia paraguay Dr.Rabaudi.

1931 : Dua orang ahli kimia Perancis Bridel & Lavielle berjaya mengekstrak stevioside.

1954: Jepun membiakkan stevia dan menjadi diantara pengguna stevia terbesar didunia.

Disember 2008 : Penggunaan Stevia sebagai bahan perasa makanan (food additives) telah diluluskan oleh US-FDA (Food Dietetic Administration)

Kelebihan penggunaan stevia

● Daun- 20 hingga 30 kali ganda lebih manis dari gula
● ekstrak- 200 hinga 300 kali ganda lebih manis dari gula
● Sangat tinggi khasiat
● Sangat enak jika di buat ulaman
● Tiada Kalori
● Tiada lemak
● Tidak toksik dan tiada pemanis tiruan ( ini kerana pemanis asli stevirol
● tidak glisemik
● membantu penghadaman dan membantu mengurangkan berat badan
● ph dan juga stabil kepanasan sehinga 200°C
● Penambah rasa
● Boleh digunakan dalam masakan dan juga bakeri
● Tanpa preskripsi doktor
● menghalang gigi dari rosak
● anti oksida
● menambahkan tenaga
● menambahkan kekuatan minda
● tidak menambahkan nilai paras gula dalam darah
● tidak menyumbang kepada penyakit jantung korolari
● mengurangkan keinginan untuk menikmati makanan bergula dan berlemak
● mengurangkan keinginan untuk mengambil produk alkohol dan tembakau

Sunday, August 12, 2012

Tidur Selepas Subuh

Salam

Sahihkah hadith yg mengatakan :

"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya". WA

*****************
Salam

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid mengatakan bahawa beliau tidak pernah lagi jumpa mengenai larangan perihal perkara ini. Oleh kerana tidak ada dalil yang sahih, maka hukumnya harus. Walaupun begitu, amalan Rasulullah saw serta sahabat2nya, selepas solat subuh, mereka tidak tidur. Mereka berjaga sehingga matahari naik. Ini terdapat dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim.

Adapun mengenai tidur selepas asar, mmg terdapat dalil mengenainya. kata ini berdasarkan hadis berikut:
“Whoever sleeps after ‘Asr and loses his mind, let him blame no one but himself.”

Hadis di atas telah dikelaskan terlalu dhaif/lemah oleh Albani, Az-Dhahabi, Ibn Jawzee dlln. Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Ad-Du'afa' Wal Majruhin,dari susur Khalid Ibn Al-Qasim dari Al-Laith Ibn Sa'ad dari Uqail dari Az-Zuhri dari urwah dari Aisyah r.a
Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ibnul Jauzi dalam Al-Maudu'at dengan katanya :"Hadis ini tidak benar,Khalid adalah seorang pendusta,dan hadis ini sebenarnya milik Ibnu Lahi'ah maka diambil oleh Khalid dan dinisbahkan kepada Al-Laith".
Itu jugalah yang dikatakan oleh Al-hakim dan lelainnya.

Ibnu Lahi'ah adalah seorang yang lemah dari segi hafalannya.

Al-Laith (salah seorang imam dalam hadis dan fikh pada zamannya) telah ditegur oleh Marwan kerana tidur selepas asar pada bulan Ramadhan dengan katanya :"Wahai Abu Al-Haris(Al-Laith)! Apalah engkau ini tidur selepas asar,sedangan telah dikhabaran kepada kami dari hadis Ibnu Lahi'ah!! Maka berkata Al-Laith:"Tidaklah aku meninggalan sesuatu yang memanfaatkan diriku hanya disebabkan oleh hadis Ibnu Lahi'ah dari Uqail tersebut! Maka kata2 ini tidak boleh disandarkan pada Rasulullah saw.

Kesimpulannya, tidaklah terdapat sebrang halangan utk tidur selepas subuh. Cuma sunnah yang sebenarnya adlaah tidak tidur tetapi memanfaatkan waktu tersebut dgn amalan2 seperti zikir dan seumpamanya. Begitu juga tidur slps asar. Walaupun begitu tidur ptg mmg terbukti boleh membuatkan kita lemah tapi tidaklah sampai gila. apa yang penting, kata2 di atas tidak boleh dikatakan hadis drpd Rasulullah saw. memadailah sebagai petua biasa utk tidak melemahkan badan. WA

Wassalam

www.islam-qa.com
www.bicaramuslim.com
www.islamonline.com

******************
Wassalam
Tas-hih dan Tahqeeq

Quote:
"Orang yg tidur selepas Subuh, akan dipayahkan rezeki untuknya".

Ia bukan hadis tapi atsar yakni dari Ibn Abbas ra. alhafidz Ibn Qayyim menukilkan atsar ini dalam masterpiecenya Zaad alMa'ad, kitab 4/Tibb anNabawi (perubatan ala Nabi) atau maksudnya Petunjuk RasuluLlah saw dalam perubatan preventif.
Ibn Qayyim menamakan tidur selepas Subuh ini sebagai Khurq yakni tidur yg dicela dalam budaya Arab.

Ibn Qayyim sekali lagi menyebut keburukan tidur selepas subuh ini dalam kitabnya yang lain, madarij asSaalikin pada bab Mufsidat alQalb (Virus-virus hati) dan salah satu virus hati ialah banyak tidur dan tidur pada waktu yg merosakkan spt selepas subuh dan selepas Asr. WA
_________________
Tahqeeq:

Quote:
Sunnah Tidur Tengahari.

alHafeedz Ibn Qayyim dalam Zaad alMa'ad (kitab 4/Tibbun Nabawi) menjelaskan Tidur tengahari itu dinamakan Khulq ketika musim summer (panas) yg amat panas. Kerana kepanasan ini, nabi saw biasa tidur yg dinamakan 'qailulah' yg bermaksud nap yg pendek (short nap). itulah yg anda maksudkan sunah tidur tengahari dalam kitab alMisykah (Jld 1/587) dan dalam Ihya' Ulumiddin alGhazzali (2/293). Maka article itu adalah baik.

Tidur qailullah ni telah disahkan oleh doktor2 perubatan Barat sebagai bermanfa'at misalnya kajian Dr William Anthony melalui bukunya,' The Art of Napping at Work' (petua tidur sekejap di tempat kerja). WA

Saturday, August 4, 2012

Habbatus Sauda Sofgel




Habbtus Sauda Sofgel edaran HPA

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain: “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat Bukhari ).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.
Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Harga Habbatussauda HPA
Semenanjung Malaysia: RM 48
Sabah & Sarawak: RM 50

Kelebihan Kopi Radix

Kelebihan kopi radix:
1. Meningkatkan sistem imuniti
2. Baik untuk tulang
3. Untuk kes infertiliti pada lelaki
4. Untuk kes frigid atau dingin pada wanita
5. Anti kanser
6. Pelawas
7. Kes asthma
8. Lemah dan tidak ada tenaga
9. Kuruskan badan
10. Kuatkan jantung
"Secret code" 3 kali ketukan.

Thursday, August 2, 2012

RFC sasar 14 cawangan baru


NURAINN AZHAR
11 Julai 2012
Set keluarga yang ditawarkan kepada pelanggan.
Set keluarga yang ditawarkan kepada pelanggan.
Antara menu di RFC
Antara menu di RFC
Sihat, organik dan halal. Tiga faktor utama menjadi keutamaan Herba Penawar Al-Wahida (HPA) bagi pelaksanaan restoran makanan segera di bawah pengurusan mereka iaitu Radix Fried Chicken (RFC).

Pembukaan cawangan pertama RFC di Sungai Petani empat tahun lalu, menjadi titik tolak kepada syarikat dan sehingga kini mereka mempunyai sepuluh cawangan seluruh Malaysia.

Menekankan moto Produk Halal Tanggungjawab Bersama, RFC semakin rancak melebarkan empayarnya bagi segmen makanan segera.

Walaupun terpaksa bersaing dengan restoran makanan segera lain, tetapi tidak menjadi penghalang kepada RFC untuk memperoleh keyakinan pelanggan terhadap menu ditawarkan.


RFC bukan francais

Berbeza dengan restoran makanan segera lain yang ada di antaranya diusahakan dengan konsep francais, tetapi tidak bagi RFC.

Pengarah Urusan Kumpulan HPA, Ismail Ahmad berkata, setiap ahli yang mempunyai modal boleh membuka dan mengusahakan RFC tetapi perlu mendapat keizinan daripada HPA terlebih dahulu.

Menurutnya, kos pelaburan bagi pembukaan dan pelaksanaan sesebuah cawangan adalah antara RM500,000 hingga RM1 juta.

“Pembukaan cawangan baru secara tidak langsung pengusaha sedang mengembangkan jenama di bawah pengurusan HPA.

“Bagi ahli yang membuka cawangan RFC, mereka akan diberikan bantuan dari segi khidmat nasihat dan latihan untuk mengendalikan restoran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya.

Ismail berkata, pembukaan setiap cawangan RFC secara tidak langsung membantu  mengembangkan jenama di bawah HPA berikutan kebanyakan produk digunakan adalah keluaran sendiri.

Katanya, Mac lalu, RFC telah membuka jabatan khusus bagi mengendalikan promosi secara terus dan menyeluruh melibatkan jualan, acara dan pengiklanan menerusi media elektronik serta cetak.


14 cawangan pada 2013

Menurut Ismail, sehingga kini RFC mempunyai 10 cawangan di Semenanjung Malaysia dan optimis menambah tiga lagi bagi melengkapkan 13 kesemuanya menjelang hujung tahun ini.

Katanya, syarikat turut menyasarkan pembukaan 14 cawangan baru pada  2013 bagi Semenanjung Malaysia dalam melebarkan sayap perniagaan RFC sekali gus memastikan mereka terus kukuh.

“Tidak hanya menumpukan pemasaran di Semenanjung Malaysia, tetapi RFC turut mendapat permintaan daripada pelanggan di Sabah dan Sarawak, tetapi perlu mengkaji pelbagai faktor sebelum membukanya.

“Pelaburan bagi setiap pembukaan cawangan baru melibatkan kos antara RM1 juta hingga RM1.2 juta secara keseluruhan termasuk pengubahsuaian dan kelengkapan diperlukan,” katanya.

Menurutnya, purata kapasiti pengeluaran ayam setiap bulan mencecah 30,000 ekor. Walaupun kos ternakannya tinggi, tetapi ia masih dapat ditampung RFC.

Ismail berkata, selain menambah cawangan baru, RFC juga bercadang menyediakan dapur bergerak bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk mereka pada setiap majlis dianjurkan.

Katanya, berbanding sebelum ini, setiap majlis atau program anjuran syarikat perlu diadakan di cawangan Shah Alam, tetapi dengan kewujudan dapur bergerak tersebut, syarikat dapat mengadakannya di pelbagai lokasi.


Bakal sertai DPIM

Mengulas mengenai penyertaan HPA dalam Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), beliau berkata, sehingga kini mereka belum menjadi ahli, tetapi mempunyai perancangan menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Ismail berkata, HPA sememangnya mempunyai hubungan baik bersama DPIM khususnya Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang sering dijemput dalam sesi dialog dan program HPA.

“Selari dengan perjuangan DPIM, RFC juga menjalankan perniagaan berkonsepkan islamik dan berhasrat menjadi salah satu restoran makanan segera berbentuk islamiah.

“Fokus utama syarikat kini adalah meningkatkan hospitaliti dan perkhidmatan lebih efisien di setiap cawangan bagi memastikan pelanggan berpuas hati,” katanya.

Ismail berkata, penekanan yang diutamakan RFC bagi segmen pemprosesan, penternakan dan pengeluaran ayam adalah kualiti.

Katanya, mekanisme digunakan untuk menternak ayam adalah berkonsepkan organik tanpa menggunakan vaksin dan bebas daripada ubatan kimia.

“Manakala, makanan ayam yang digunakan juga diproses sendiri tanpa menggunakan serbuk tulang (dicalsiumphosphate). Ayam RFC tidak hanyir dan rasanya seperti ayam kampung.

“Tidak menggunakan serbuk perisa (monosodiumglutamate) bagi setiap ayam membuatkan pelanggan kami tidak cepat jemu,” katanya.

Menurutnya, hampir semua produk digunakan di RFC adalah keluaran HPA termasuk sos cili dan air yang digunakan setiap pelanggan ketika mengunjungi mana-mana cawangan.

Ismail berkata, syarikat turut memberi keutamaan bagi penyembelihan ayam dan memastikan ia dibuat mengikut hukum fikah malah penyembelih juga terdiri daripada mereka yang bertauliah serta dipilih sendiri oleh HPA Farm.

Pintar Herba 9 Pulau Kapas

Pendaftaran Pintar Herba 9 Pulau Kapas, Marang. Pada 8 & 9hb Sept 2012. Yuran hanya RM250.00 - penginapan.bot.modul.makan (deposit RM100.00 - masukkan ke 09010010002734 - tnhj ismail ahmad) sms mklum ke 0139299944. brkumpul dijeti marang 8pgi (8hb -sabtu) - jika dtg awal 7hb - jumaat) boleh menginap di hpa cwgn marang depan masjid rusila (tepi laut rusila) - tan ya call 013 929 44
 

Wednesday, August 1, 2012

Spirulina HPA

Harga : RM30.00
PETIKAN DARIPADA NOTA KULIAH INTIBAH TUAN HJ ISMAIL AHMAD (2002)

Setelah saya meneliti kelebihan yang ada pada SPIRULINA ini, saya begitu takjub sekali dengan ciptaan tuhan yang telah mencipta herba yang begitu tinggi khasiatnya kepada manusia. Berdasarkan pengalaman dan ilmu herba yang saya fahami, saya akan cuba untuk memberi ulasan berhubung dengan SPIRULINA ini. Mungkin perbahasan SPIRULINA ini tidak sehebat penulis-penulis di barat yang disokongi oleh data-data ujian dan analisis yang diadakan di makmal namun pengalaman saya selama 14 tahun dalam dunia herba akan saya jadikan sebagai panduan asas perbincangan ini.
1. WARNA SPIRULINA
Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan.
Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.
Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.
Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.
2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI
Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.
Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.
Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.
3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI
SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakitanemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.
Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagaiphycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.
Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.
4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI
Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simtom menopause.
SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%.
Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlubersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.
Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makanannya.
SPIRULINA mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.

MINYAK BUT-BUT


ASAL USUL MINYAK BUT-BUT

“Berapa ekor burung But-But yang dimasukkan ke dalam minyak ni?”, saya bertanya kepada seorang pengamal herba.
“Kalau pengeluaran dalam skala yang banyak, berapa ekor pula yang dimasukkan? Dah la Burung But-But susah nak dapat sekarang”, saya bertanya lagi.
“Hisy.. Tak ada seekor pun burung ni disembelih. Kesian pulak burung tu’, beliau menjawab.
“Emm? Kalau macam tu, kenapa dipanggil Minyak But-But kalau tak guna burung But-But?”, saya menimbulkan persoalan.
Kebiasaannya minyak Gamat memang dicampur dengan Gamat. Tetapi tidak dengan minyak But-But. Jadi, bagaimana minyak ini mendapat namanya?
KISAH ANAK BUT-BUT PATAH KAKI
(kisah yang ditulis semula selepas didengar dari pengamal herba)
Pada suatu hari, seorang pengamal herba mahu mencari kehebatan alam yang Allah Subhanahu Wataa’la ciptakan dengan melakukan satu ujikaji dan pemerhatian di dalam hutan.
Sewaktu di dalam hutan, beliau menjumpai seekor anak burung But-But di dalam sarang yang patah kakinya. Tiba-tiba, datang ibu burung tersebut dengan membawa herba di mulut dan membalut kaki anak burung yang patah itu.
But-But yang mengajar herba pelbagai guna- Gambar Hiasan
.
Keesokkan harinya, pengamal herba itu datang semula ke dalam hutan untuk melihat perkembangan anak burung But-But yang patah kaki itu. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati kaki anak burung But-But itu telah sembuh! Dan akhirnya beliau mengambil herba yang digunakan oleh ibu But-But untuk merawat kaki anaknya yang patah dan mencarinya di dalam hutan.
Dari situlah sejarah penghasilan Minyak But-But yang diajar dari pengantaran burung But-But kepada manusia.
ILMU KALAM ALLAH DALAM KISAH HABIL & QABIL
Kisah Minyak But-But ini adalah sama dengan kisah pengebumian Habil (anak Nabi Adam) selepas dibunuh oleh kembarnya, Qabil.
Allah Subhanahu Wataa’la memperlihatkan kepada Qabil untuk menanam Habil dengan perantaraan dua ekor burung gagak yang bergaduh, dan akhirnya seekor daripada burung gagak itu mati. Burung gagak yang masih hidup menanam gagak yang mati itu dengan mengorek dan menimbusnya dengan tanah.
Qabil belajar dari burung Gagak untuk menanam Si Habil yang mati dibunuh olehnya. Ia adalah ilmu yang Allah turunkan daripada haiwan untuk mengajar manusia. Sama seperti kisah minyak But-But ini, Allah memberi ilham kepada burung But-But untuk memberi ilmu kepada manusia bagi merawat tulang yang patah dan lain-lain penyakit lagi.
Apa yang penting dalam kisah But-But adalah herba yang digunakan, dan bukannya burung itu yang berkhasiat dalam penyembuhan penyakit. Akibat salah faham, ada pengamal herba yang merebus burung But-But untuk menghasilkan minyak. Masya-Allah.
MINYAK BUT-BUT HPA
Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.
KELEBIHAN MIYAK BUT-BUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
Untuk Patah Tulang.
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.
Untuk Buasir.
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.
Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.
Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.
Untuk Urut.
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.
Sengatan Serangga.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
Luka Kecil-Kecil.
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.
Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.
Cirit-Birit.
Minum satu sudu kecil bersama air suam.
Kembung Perut.
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.
Asma.
Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.
Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.
Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.
Lemah Tenaga Batin.
Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.
Wanita Menopouse.
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.
.
Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga
2. Melaleuca Lecodendron
3. Cocos Nucifera Oil
4. Tinospora Crispa
.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12.50

Kopi Radix HPA


Kopi Radix 32 Sachet : RM34.00
Kopi Radix Papan 20 Scahet : RM24.00
KELEBIHAN KOPI RADIX
  • Mengurangkan Sakit Sendi dan Pinggang.
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan gout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid.
Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
  • Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan.
Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
  • Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega-3 dan Spirulina.
  • Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelabagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah.
Bagi wanita yang menopause, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
  • Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
  • Kopi Radix Untuk Tenaga
Radix menghasilkan kesan afrodisiak bagi meningkatkan tenaga kelakian dan menambah kesuburan. Ia juga baik jika disinergikan bersama Omega-3.
Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix 7 dalam satu mengandungi 7 herba pilihan :
Tongkat Ali untuk tenaga, Pokok Mata Pelanduk untuk sendi, Pokok Teja Lawang untuk pengimbangan angin , Pokok Tebu Gajah untuk antidote, Pokok Mengkudu Hutan untuk pencernaan, juga Pokok Larak dan Pokok Halban Hitam dengan khasiatnya yang tersendiri

EQ MINDA

PENGENALAN

eq-minda1.jpg

Set Colon Cleansing



Jangan tunggu lagi !!!!!
Set Colon Cleansing cuma RM 78 sahaja !!!!     
Setiap orang mesti memiliki satu Set Colon Cleansing !!!
Dapatkan segera Set Colon Cleansing di Cawangan2 serta Stokis2 HPA berdekatan
Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita.
Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas.



Spirulina (Arthospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah dijadikan sebagai makanan kesihatan dan perawatan melalui penelitian dan kajian para ahli dunia sejak puluhan tahun yang lalu. Sumber anti toksik yang tinggi sangat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap kedalam tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur. 
Kelebihan spirulina: 
1.     Bertindak sebagai anti virus
2.     Menurunkan kadar kolesterol.
3.     Menaikkan imunisasi badan.
4.     Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
5.     Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
6.     Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
7.     Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
8.     Mengatasi kelemahan tubuh badan.
9.     Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam


Herba Tuju Angin mengandungi Teja LawangAkar Mengkudu,Pokok Larak, dan Tebu Gajah.
Khasiat Herba Tuju Angin:
1. Memperbaiki proses penghadaman dan juga melawaskan usus.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka di dinding usus.
3. Apabila disinergikan dengan herba lain ia mampu menguatkan jantung (kardiotonik). Amat baik bagi mereka yang lemah jantung sekaligus mendatangkan kesan afrodisiak atau memulihkan tenaga batin.
4. Dapat mengatasi angin meroyan kalau disinergikan dengan herba lain.
5. Mengatasi perut kembung
6. Menghilangkan rheumatik
7. Mengatasi migrain
8. Mengatasi gastrik
9. Menghilangkan kesemutan(kebas) pada hujung jari
10. Meredakan sakit sendi
11. Hilang selera makan

Komposisi: 75 kapsul satu botol
Dos: 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
·        Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
·        Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. 
·        Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
·        Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
·        Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
·        Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol

Perut punca segala penyakit


Anda kerap diserang

sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain
yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala
pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma’idah
dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
Gambar : Set Colon untuk membersih usus keluaran HPA :
Set Colon Cleansing penerangan: http://hpa4online.com/?p=371
6 punca penyebab penyakit dari perut:- 
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda
Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda
Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.
Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)